Friday, October 23, 2015

NEWBIE

Salam.

Hi!
I am a newbie. This blog will be totally my informal writing. Frankly, it will be my a very daily diary. Its just about my personal life, personal opinion and just to release everything that floating in my mind which hard for me to tell anybody. Just don't read this. So today will be my first day tulis diary. Ala-ala drama gitu.

Terciptanya blog diary ni, disebabkan oleh I memang jenis yang suka lepaskan geram dalam writing. Tapi semua media sosial networking FB Twitter WeChat, semua tu dah takde privacy. Bila I post apa-apa pun, semua salah faham dan ada yang terasa. Its just very hard for me to handle this kind of preasure. So, I lepaskan jer kat sini. Huaaaaa!!! HOWEVER! Guysss.. Allah swt always be my first place for me tu "curahan". HUhu.

Nampak sangat hari ni I tension sangatlah ni, sampai tercipta blog segala. Honestly, nak mengadu dengan kawan, tapi orang yang I sentap adalah mereka. Dari kecil, I memang selalu protect teramat kawan-kawan. Risau hati diorang terluka. Sanggup I jalan kaki ke rumah kawan-kawan, sebab nak tunggu diorang siap. Lama tunggu. Then, we all pun melepak. I dah biasa. Sampai satu tahap, I rasa letih. Why? I selalu tanya, Ikhlas ke tak kau ni berkawan? Hati I cakap I memang takde rasa menyesal pun. Lama-kelamaan cuma terasa sedih. Merajuk pun sendiri pujuk. Sebab I taknak marah kawan. Hanya disebabkan emosi yang tak terkawal ni. HUHU.

Sampailah ke hari ini. Bukan setakat kawan, I selalu ada instinct yang kuat bila seseorang tu tak suka dengan I. Selalu sedaya upaya cuba buang rasa negatif tu. Memang boleh dikawal. Tapi I ni manusia yang sangat hina dina. Tak mampu nak kawal perasaan. Nampak sangatlah aku ni haa yang emosional. Cite dia gini. Tak pernah sekali I lupa orang yang I dah rapat. Tapi tak seorang pun dari mereka yang aku rasa betul-betul mencari aku. Bila aku nak fly, aku yang pergi carik semua. Sedih kononnya nak berpisah. Sedih bila kat airport takda yang hantar. Memang aku tak lah harap sangat. Tapi maybe at least, aku nak juga tengok diorang usaha macam mana aku usaha pergi carik diorang. Jarak bukan dekat. Berjam-jam perjalanan, naik bas je pun, aku boleh pergi. Kenapa diorang tak boleh? Alasan hujan, jam and macam-macam. Postif, I bersangka baik. Betullah tu susah. Diorang sibuk.

Cemburu jugak tengok orang lain, BFF , musuh pon boleh berdating, jumpa. "Alah aku dan sahabat2 aku sentiasa bertemu dalam doa". Itu lah minda aku selalu kata. Dalam hati? Aku hairan, kenapa aku boleh buat semua tu. Walau takde masa, aku tak pernah tak layan diorang. Cuba ada kan masa tu. Sebab bagi aku, family and BFF memang penting. Banyak jasa diorang. Kan bagus kalau aku pun macam diorang. Senang untuk aku faham. Tulah orang kata, nampak sangat I yang tak ikhlas berbuat baik. Aku nak harapkan balasan yang sama.

Sahabat-sahabatku, maafkan diri ini kerana terkecil hati dengan kalian. Tak marah. Betul tak marah. Cuma sentap sikit je. Now, I learn something new. Sayang tak semesti bersama. Yang penting sentiasa mengingati. Aku akan kurangkan mengawal hidup kalian. Sebab, nak bagi bunga tumbuh mekar, kita tak boleh lah nak ikat dengan getah. Kan? Maafkanlah diri ini, jika kini aku tak lagi boleh melayan kalian. Ini masanya untuk aku rawat hati ini. Dah lama hati setia dengan tuanny. Now, its the time I wanna repay back what I did to my heart. Sikit-sikit aku akan tampal kesan-kesan luka dengan iman.

Sungguh, cukuplah Allah bagiku.

No comments:

Post a Comment