Wednesday, June 8, 2016

GAJI BESAR ATAU KERJA GEMBIRA

Dalam dunia ni kita memang tak boleh nak harapkan yang semua orang akan suka kita. Tanpa sebab, adakalanya ramai yang tiba-tiba membenci. Memang sedih. Tapi abaikan jer manusia macamni. Pengalaman yang sama saya lalui. Dari zaman kolej sampai lah ke zaman kerja. Zaman sekolah takde pulak hal-hal macamni. Mungkin sebab masa tu semua hati masih suci murni. Takde hasad dengki. Alhamdulillah zaman kolej dulu dah di'exposed' dengan masalah umat ni. So, masuk keje takdelah terkejut sangat.

So, post hari ini nak bercerita tentang pengalaman di tempat kerja. Saya dah latih diri jangan expect semua indah. Terutama alam pekerjaan. Maka, walaupun pelbagai dugaan kat tempat kerja ni saya hadapi, saya abaikan jer. Malah saya tahu saya boleh teruskan hidup tanpa memperdulikan anasir-anasir keji di tempat kerja ni. Sampailah akhirnya, hari ini saat ini, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan company ni. Kerja di sini sangat happy. Sebab apa? Sebab kena dengan apa yang kita idamkan. Gaji yang memang sesedap rasa. Paling best ialah teammate yang sangat awesome. Ini yang membuatkan saya tak peduli tentang para pendengki. Saya dah cuba bertahan selama yang mungkin. Walaupun ramai yang telah meminggalkan company termasuk beberapa teammate juga manager kami yang memahami. Tinggal lah saya, supervisor dan satu lagi team member. Berbekalkan tenaga tiga orang sahaja, kami berusaha untuk mencapai target yang ditetapkan company. Namun gagal. Bertubi-tubi dimarahi oleh bos besar. Namun, kami tetap bangkit dan bangkit. 

Para pendengki sentiasa mencari peluang. Kami dipisahkan lantaran katanya, kami tidak serius dalam bekerja. Terjadilah kemurungan. Setiap kali nak datang kerja, rasa macam tak nak turun kereta. Semangat dah semakin luntur. Tambahan bila tahu, rupanya ada politik dan juga personal matter. Sudahlah sang PHD mencucuk-cucuk, tambahan pula, mungkin dah nasib saya, boss tak suka saya. Bila orang dah benci, buat apa pun semua salah. Dimarahi itu perkara biasa bagi saya. Terutama jika salah. Tetapi bila ini melibatkan personal emotion, sukar untuk saya terima.

Tiap masa tiap hari saya dan teammate berfikir tentang company. Namun, tetap saya dimarahi kerana katanya langsung tak ikhlas bekerja untuk company. "You tengok Sipulan tuh! Dari 8.00 pagi sampai 10.00 malam kerja. Dia bukan bahagian sales, tapi dia banyak dapatkan sales! You all buat kerja bodoh je!" Runtun hati dengar kata-kata hina macamni. Takpelah, mungkin itu rezeki sipulan. Dia mungkin perlukan kasih sayang yang lebih dari boss. Saya cuba untuk bertahan, tapi sekarang masanya sudah tiba. Kerja mati-matian tapi masih dikatakan malas dan tak berguna. Tambahan lagi, hasutan dari ramai mengatakan, department kami tiada apa-apa sumbangan. Lalu patut di buang pekerja untuk jimatkan kos. 

Takpelah boss, buat apa saya bertahan lagi kalau kehadiran saya dalam company tiada apa kebaikan. 

Sayonara!