Tuesday, October 27, 2015

CHOICES

Salam. Hola!

Habis study. Graduated. Mula lah fikiran serabut dengan job hunting. Tak nak lah kan tanam anggur or kira bulu kucing je hari-hari kan. Hahaha. Sama la kes dengan I ni haa. Dilema ni dah start since I dah dalam final examination weeks lagi. Mula dah fikir, nak keje apa? Apa masa depan aku ni? Macam-macam dalam fikiran. Paling berat nak handle is kata-kata manusia lain yang suka sangat ambil tahu hal orang lain tapi tak pernah pula nak menolong kan. 

So, habis study, I rehat dulu. Honeymoon katanya. Think positive! Kerja boleh dicari, honeymoon ni peluang memang sukar diperoleh. Huhu. Sebulan lebih I relaks, then bermulalah pencarian kerja. Alhamdulillah rezeki Allah, banyak interview yang masuk. Walaupun bukan offer daripada company besar-besar and famous, I memang dah aim, asalkan kerjanya halal. Memandangkan I bukan lah hebat sangat experiences. 

Orang cakap, time tunggu tak dapat2. I tunggu call daripada semua company I dah attend interview hampir 2 minggu. Macam dah tak ada harapan gitu. Tiba-tiba almost serentak semua bagi result. Tambahan pulak I di invite untuk sambung study lagi. Choices! Memang memeningkan. Banyak benda I kena fikir untuk buat the best choice. Nak sambung belajar or nak kerja. Nak kerja pulak, company mana should I take. 

Maka, I buatlah research sikit. Company yang mana patut I ambil. Baca pengalaman orang lain. Tanya pendapat keluarga dan kawan-kawan. Rasa macam kelakar. Nak kerja pun kena google. Haih. Apa pun kawan-kawan yang paling penting, kita kena lah rajin buat solat sunat Istikharah. Mula-mula memang rasa macam awkward. Sebab biasanya umum maklum yang istikharah ni untuk nikah jer. So, start from now, YOU, in any circumstances, perform solat sunat istikharah okay? Araso! HUhu. Tak susah, dua rakaat sahaja sayang. I pun dahulu kala rasa berat. Selain itu, rajin-rajin buat solat sunat Dhuha. Masa study dulu, kadangkala ada juga I skip. hehe. Sebab malas and bangun tidur pon lambat. Very not good. Now tengah memperbaiki diri. Semangat bila tengok family pun rajin bangun malam untuk solat malam. Berat memang nak buat ibadah ni. InnsyaAllah one day! huhu.

Again alhamdulillah, 30 Oktober ni, I start lah keje. Takut sebenarnya. Dulu kerja pun still rasa tu persinggahan sebelum nak further study. Kali ni berbeza. I kena kerja for good. Mungkin untuk berpuluh tahun akan datang. Andai nyawa masih panjang. 

Conclusion, pilihan memang sentiasa di hati anda. But, serahkan segalanya kepada Allah swt. Redha dengan ketentuanNya yang mungkin kita tak suka. Tapi sebenarnya itulah yang terbaik. Kan kan?!


No comments:

Post a Comment