Tuesday, August 16, 2016

Tampak Keras Tapi Hati Seperti Kapas

Sebenarnya, orang yang luarannya tampak kasar, ganas dan mungkin gagah bukanlah semestinya seperti yang kita nampak. Itu hanya luaran. Kadangkala, orang begini lebih cengeng dan lembut hati daripada kebanyakan orang. Mereka berkelakuan keras hanya untuk menutup kelemahan mereka dalam mengawal hati yang mudah tersentuh. Tetapi, ada bezanya antara insan yang kasar dan biadap. Lihat pertuturannya, walaupun dia kasar, tetapi tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Yang ini kita tahu hatinya selembut kapas dan baik budinya. Contohnya, ada sesetengah wanita yang sengaja berkelakuan kasar apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi. Mungkin kerana beliau terlalu malu. Tapi atas urusan kerja, beliau terpaksa tampak seperti seorang yang kasar untuk tujuan mengelakkan fitnah. Berat sebenarnya beban yang dipikul insan-insan ini. Beliau terpaksa berlakon seperti tidak tersentuh dengan gurauan kasar. Hati mereka terlalu lembut, sehingga digelar sensitif. Walhal, mereka ini lah pemberani di mana mereka mempunyai keberanian menyatakan apa jua perasaan. 

Coretan ini ditujukan khas untuk sahabat-sahabat di luar sana yang mungkin tengah struggle nak lawan sifat sensitif mereka demi menjaga perasaan orang lain. Kepada semua, hormatilah peribadi setiap insan dalam dunia ini. Bersikaplah berlapang dada dalam menerima keperibadian orang lain. Cuba letakkan diri anda di tempat orang lain sekali-sekala. 

Peace.

No comments:

Post a Comment