Tuesday, February 23, 2016

Salam

Lepas sekolah, semua sibuk nak masuk kolej. Then, habis study di IPT, berpusu-pusu untuk kerjaya. Mungkin sudah nasib anak bangsa kini, belajar tinggi tetapi, rezeki dalam kerjaya kebanyakannya agak tak menggalakkan. Viral, tentang pengucapan awam dari Zahrah yang meluahkan tentang betapa terseksa graduan kini bila menjejak alam pekerjaan. Apa yang diperkatakan memang benar, saya setuju dengan masalah yang dihadapi oleh kita semua para lepasan IPT. Namun tidak pula saya setuju untuk sentiasa mengeluh, kerana bukan seorang sahaja yang bernasib begitu, ramai. 

Bayangkan, lepasan IPT luar negara, tetapi ditawarkan gaji RM1000 basic. Alasan, tiada pengalaman. Di sini, saya bukan ingin mengeluh, tetapi, saya kurang bersetuju dengan pendapat para majikan tentang pengalaman. Seolah-olah para lepasan IPT atau freshers seperti bayi yang baharu lahir. Di unversiti, kami berniaga dan juga bekerja sampingan. Atau lebih tepat, adakah anda bermaksud, sistem pembelajaran di university tak relevan dengan alam pekerjaan.  

"Sebenarnya awak ni layak terima gaji basic RM900 sahaja seperti saranan kerajaan. Tetapi saya seorang pensyarah dan saya menghargai education level awak. Maka saya bagi RM1200. Kerana awak saya anggap fresher. Sama level dengan lepasan SPM. Baru adil."

Hati mana yang tak terkoyak bila dengar ayat majikan seperti ini. Sedangkan, bukan pemohon kerjaya tidak pernah langsung bekerja, hanya mungkin bekerja sebagai part-timer. 

Di sini, saya seru para majikan, anda ingin seseorang yang berkelayakan tinggi bagi menjaga reputasi dan imej syarikat, tetapi, seringkali memandang rendah kebolehan kami dengan alasan tiada pengalaman. Mana mungkin datang kesetiaan kepada syarikat, jika ayat pertama yang anda luahkan seperti anda hanya beri duit suka-suka. This is win win situation. Saya bekerja untuk anda, anda bayar tenaga saya. Mungkin anda seringkali ditipu dengan pekerja yang tidak bertanggungjawab, but please jangan terlalu prejudis terhadap golongan lepasan IPT.  

Satu soalan saya kepada majikan, "Jika anda ditawarkan gaji sebegitu, adakah anda akan terima?" Jawapan cliche, "Saya pun mula dari bawah. So, saya boleh kenapa awak tak boleh?" Zaman tuan gaji pun lebih kurang saya. Tetapi,  belum ada GST. Fikirkan mampu ke nak sara kehidupan dalam keadaan ekonomi sekarang? 

Terus-terang saya katakan, saya tak pernah kisah berapa gaji anda nak bagi, tetapi, kami ada hati dan perasaan. Jaga kata-kata, kerana hidup ni ibarat roda. Sekarang anda ada kuasa, kelak siapa yang tahu. 

Allahualam.

No comments:

Post a Comment